Korang sedang mendukung seorang bayi tiba-tiba seorang warga emas terjatuh akibat diserang sakit jantung, apakah tindakan korang?
Begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang wanita dari Beijing. Sebuah video memaparkan wanita yang dikenali sebagai Sun Tian sedang mengendong bayinya namun dalam sekelip mata seorang warga emas telah terjatuh terbaring pada lantai lif di tingkat rumahnya.
Disebabkan terlalu panic, Sun Tian terus meletakkan bayinya di atas lantai dan memberli bantuan kecemasan pemulihan pernafasan (CPR0 kepada warga emas tersebut. Menurut laporan People’s Daily China, warga emas telah diserang serangan jantung.
Video situasi itu telah viral dan menjadi perhatian ramai. Namun, apa yang menghairankan adalah tindakan Sun Tian meletakkan bayinya di atas lantai telah mendapat kritikan daripada warganet. Bagaimanapun, Sun Tian mempertahankan tindakannya dengan berkata,
"Saya tak peduli apa pun, saya hanya ingin menolongnya."
Kalau korang terdetik mengapa dia tak telefon talian kecemasan, jawapannya, Sun Tian sudah melakukan perkara tersebut namun tidak dijawab.
Dalam komen-komen yang mengecam tindakan tersebut masih ada warganet yang faham situasi itu. Mereka menyatakan rasa terima kasih kepada Sun Tian kerana tindakan pantasnya membantu warga emas itu.
Sumber: Sinar Harian