Mafia terkemuka Itali yang melarikan diri selama hampir dua dekad akhirnya berjaya ditangkap selepas ‘kantoi’ di aplikasi Google Maps.
Pihak polis memberitahu Reuters bahawa Gioacchino Gammino, 61, dikesan di Galapagar, sebuah bandar berhampiran Madrid, Sepanyol, tempat dia tinggal dengan menggunakan nama palsu.
Menurut agensi tersebut, gambar paparan jalan Google Maps yang menunjukkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Gamminoin di hadapan kedai buah-buahan adalah kunci utama yang mencetuskan siasatan yang lebih mendalam.
“Fotogram itu membantu kami mengesahkan penyiasatan yang kami bangunkan dengan cara tradisional,” kata Nicola Altiero selaku timbalan pengarah unit polis anti-mafia Itali (DIA).
Gammino, ahli kumpulan mafia Sicily yang digelar Stidda, telah melarikan diri dari penjara Rebibbia Rom pada 2002 dan pada 2003 telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana pembunuhan yang dilakukan beberapa tahun sebelumnya.
Altiero berkata Gammino kini berada di bawah tahanan di Sepanyol dan mereka berharap dapat membawanya kembali ke Itali menjelang akhir Februari.
Sementara itu, The Guardian melaporkan bahawa Gammino menukar namanya kepada Manuel dan bekerja sebagai tukang masak serta memiliki kedai buah-buahan dan sayur-sayuran.
Imej yang membawa kepada penahanan Gammino ialah gambar dua lelaki sedang berbual di luar kedai buah-buahan dan sayur-sayuran yang dipanggil El Huerto de Manu, atau Taman Manu, di Galapagar.
Polis percaya salah seorang lelaki itu hampir menyerupai Gammino, tetapi identitinya hanya disahkan apabila mereka menemui penyenaraian untuk restoran berdekatan bernama La Cocina de Manu atau Manu’s Kitchen.
Kedai dan restoran itu kini ditutup, tetapi polis menemui foto Gammino, berpakaian cefnya, di halaman Facebook La Cocina de Manu yang masih wujud.
Dia dapat dikenali dengan parut di bahagian kiri dagunya.
Selepas ditangkap, dia dilaporkan memberitahu polis: “Bagaimana anda menemui saya? Saya tidak menghubungi keluarga saya selama 10 tahun!”
Sumber: [1]