Mungkin ada di antara korang yang tak pernah dengar Kuih Kalakatar. Apa yang istimewa tentang kuih ini, ia adalah kuih warisan Banjar. Kuih ini juga dikenali sebagai kuih bingka kelapa muda yang sangat sesuai dimakan waktu sarapan atau minum petang. Siapa yang tak pernah try kuih ini, rasanya lemak manis, memang sedap.
Kuih ini memang susah nak cari, so why not kita belajar untuk buat sendiri. Mudah je! Bahan bahan yang diperlukan adalah 4 cawan air kelapa muda, isi 2 biji kelapa muda, 2 cawan tepung gandum dan 1 biji telur. Jom tengok cara cara penyediaannya.
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali isi kelapa dan kacau sehingga sebati. Kemudian tapiskan.
- Barulah masukkan isi kelapa.
- Tuangkan bahan bahan yang telah dicampurkan itu ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
- Bakar pada suhu 180 – 210 celcius selama 1 jam.
- Akhir sekali, bakar dengan setting ‘broiler’ selama 20 minit bertujuan untuk garingkan bahagian atas kuih.
Senang je nak buat kuih Kalakatar ni, lagi best kalau dihidang bersama the o panas. Selamat mencuba guys!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: rasa