Perkenal Kategori BBNU MeleTOP, AME2021 Raikan Bakat Segar Dalam Industri

Anugerah MeleTOP ERA (AME2021) akan kembali untuk edisi 2021.

perkenal kategori bbnu meletop, ame2021 raikan bakat segar dalam industri

Bakal menampilkan beberapa kategori terbaru dalam pencalonan anugerah, Anugerah MeleTOP ERA akan melihat kembali gabungan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Musa yang pastinya menghiburkan.

Turut menarik perhatian, ialah beberapa kategori baru yang bakal dipertandingkan iaitu Personaliti TV MeleTOP, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP.

perkenal kategori bbnu meletop, ame2021 raikan bakat segar dalam industri

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata: “Anugerah MeleTOP ERA adalah satu pentas yang berprestij. Kita memang mengiktiraf semua bakat yang ada. Untuk kekal relevan, kita pastikan kategori-kategori yang kita masukkan supaya kekal dengan peredaran masa hari ini.

Saya berharap semua yang turut serta pada hari ini, walaupun mungkin tidak menang, tetapi disenarai pendekkan hingga ke Top 20 dan kemudian ke Top 5, kami harap AME akan buka peluang kepada yang lain agar nama mereka lebih dikenali dan sebagainya. Itu yang kami berharap dapat capai demi industri dan semua.”

perkenal kategori bbnu meletop, ame2021 raikan bakat segar dalam industri

Dalam pada itu, dua kategori terdahulu iaitu Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP digugurkan dari senarai utama.

Berkonsepkan tagline 'Yang Fresh, Yang Legend', Anugerah MeleTOP ERA (AME2021) akan bersiaran secara langsung pada 30 Januari 2022 pada jam 9 malam secara ekslusif di saluran Astro Ria.

Undian Fasa 1 akan bermula 6 petang hari ini hingga 19 November 2021.

Pastikan korang undi artis-artis kesayangan korang untuk ke TOP5 AME2021 di laman web rasmi AME2021 www.anugerahmeletopera.com.my atau di aplikasi SYOK!