Percubaan Meragut Gagal, Teruk Lelaki Ini Dibelasah Gadis Yang Juga Atlet MMA

percubaan meragut gagal, teruk lelaki ini dibelasah gadis yang juga atlet mma

Tindakan meragut telefon seorang gadis, akhirnya memakan diri selepas suspek dibelasah oleh mangsa yang juga merupakan seorang atlet sukan seni bela diri (MMA).

Kejadian tersebut berlaku di sebuah resort Mar del Plata yang terletak di Buenos Aires.

Dengan ketinggian 4’9”, gadis itu berjaya menumbangkan peragut tersebut. Tulah, jangan pandang orang sebelah mata!

Menurut laporan Mirror UK, gadis yang dikenali sebagai Brisa itu bertindak membelasah lelaki tersebut selepas sekumpulan orang awam menghalang suspek daripada melarikan diri.

Brisa menjelaskan bahawa dia terlalu marah sehinggakan bertindak membelasah lelaki itu.

Dalam satu temu bual untuk rancangan TV 'Nosotros a La Manana', memberitahu, “Saya menghabiskan sepanjang hari bekerja selama pandemik untuk mengumpul duit, dengan gaji yang dikurangkan saya terpaksa berjimat. Saya tidak dapat merima tindakan lelaki itu.

"Semoga lelaki ini tidak pernah mencuri lagi.

percubaan meragut gagal, teruk lelaki ini dibelasah gadis yang juga atlet mma

"Saya bernasib baik kerana saya tahu bagaimana untuk mempertahankan, tetapi saya tidak mahu perkara itu berlaku kepada orang lain."

Dia menambah: "Saya bangga dengan tindakan saya dan saya tidak menyesal."