Percaya Tak Lelaki Di Jepun Ni Guna Baucar Je Selama 36 Tahun! Tak Guna Duit Langsung!

percaya tak lelaki di jepun ni guna baucar je selama 36 tahun! tak guna duit langsung!

Seorang lelaki di Jepun telah mencipta rekod tersendiri apabila sudah tidak menggunakan wang selama 36 tahun. Kalau korang rasa dia menggunakan aplikasi perbankan atau apa-apa yang bersifat cashless korang salah.

Lelaki ni menggunakan baucar dan menebus baucar tersebut untuk mendapatkan sesuatu. Beliau berkata, beliau telah melabur dalam stock market dan syarikat-syarikat itu telah memberi baucar kepada para pelabur sebagai penghargaan.

Beliau melabur sekitar RM11.9 juta. So, kupon dan baucar yang beliau dapat tu dah cukup untuk menampung perbelanjaan hariannya setiap tahun.

Ni lah orang cakap, orang kaya semakin kaya. Perghhh!

Sumber: HITZ