Perbezaan Tapak Kasut Yang Perlu Korang Tahu

perbezaan tapak kasut yang perlu korang tahu

Setiap jenis sukan dan aktiviti memerlukan pakaian, ‘equipment’ dan kasut yang sesuai. Ini adalah bukan saja untuk keselesaan tetapi juga keselamatan diri. Ramai yang tidak ambil endah tentang jenis dan material kasut. Element yang paling penting pada kasut adalah tapaknya. Perbezaan tapak memberikan fungsi yang berbeza. Jom ketahui jenis jenis tapak kasut.

Larian/running

Kebiasaannya tapak kasut untuk larian diperbuat daripada getah kerana getah memberikan cengkaman yang baik dan selamat untuk berlari.

Latihan/training

Latihan indoor workout dan gym memerlukan keseimbangan yang baik. Dikatakan tak jauh beza dengan kasut larian tetapi ada signifikan tertentu yang penting. Kebiasaannya tapak adalah getah dari bahagian depan sampai ke belakang.

Futsal

Aktiviti futsal adalah sukan yang lasak. Material untuk kasut futsal indoor adalah kain atau mesh. Ataupun untuk lebih ekstrem, diperbuat daripada kulit atau kulit sintetik. Kasut futsal mempunyai cengkaman yang kuat dan perlu tahan lasak.

Berbasikal

Aktiviti berbasikal adalah sukan yang sangat trend waktu kini. Kasutnya pula cukup berbeza dengan kasut yang lain. Tapaknya mempunyai klip yang boleh dilekat pada bahagian pedal basikal.

Oleh : Khalie Azmi

Sumber: maskulin