Perak Wujudkan “Rehat dan Rawat Rider” Untuk Penghantar Makanan!

Ada berita baik untuk semua penghantar makanan atau rider di Perak! 

Lepas ni korang akan ada tempat rehat sendiri sementara nak hantar order untuk pelanggan. 

Menariknya, tempat 'rehat dan rawat rider' yang dipanggil 3R ni lengkap dengan kemudahan ruang rehat, solat, tandas dan wifi percuma! 

perak wujudkan “rehat dan rawat rider” untuk penghantar makanan!

Sebagai permulaan, 3R ni akan dibina di sekitar Ipoh iaitu di pusat bandar, Meru Raya, Jelapang, Tasek, Ipoh Garden, Medan Gopeng dan Station 18. 

3R ni jugak mungkin akan dibina di bandar-bandar lain di seluruh negeri bergantung kepada keperluan. 

Pembinaan 3R yang pertama di Malaysia ni adalah penghargaan kerajaan Perak buat penghantar makanan yang juga antara kumpulan barisan hadapan ketika negara berdepan pandemik COVID-19. 

perak wujudkan “rehat dan rawat rider” untuk penghantar makanan!

Abang dan akak rider ni la yang berpanas berhujan nak hantar makanan masa kita tak boleh keluar rumah sebab PKP dulu. 

Terima Kasih Rider! 

p/s : Harap-harap kemudahan ni dapat diperluaskan di seluruh negara untuk memberi keselesaan buat golongan rider untuk terus mencari rezeki.


Oleh: Izzati Amir