Penyokong Kagum West Ham ke Eropah!

penyokong kagum west ham ke eropah!


Siapa sangka pasukan yang bergelut untuk kekal dalam saingan EPL pada awal musim mampu layakkan diri ke peringkat Eropah? Itu yang terjadi kepada West Ham musim ini. The Hammers benam Southampton 3-0 pada aksi terakhir liga untuk menamatkan saingan di tempat ke-6 pencapaian terbaiknya dala mtempoh 22 tahun. Ia sekaligus membolehkan West Ham meraih slot ke saingan Liga Europa musim depan.


penyokong kagum west ham ke eropah!

Kali terakhir West Ham beraksi di peringkat Eropah adalah pada musim 2016/2017. Namun mereka tersingkir pada pusingan kelayakan selepas tewas kepada pasukan Romania, Astra Giurgiu. Musim sebelumnya, West Ham tewas 3-4 kepada lawan yang sama pada pusingan ketiga.


penyokong kagum west ham ke eropah!


Kalau nak diceritakan kejayaan West Ham musim ini, kita tidak boleh lari daripada berbicara tentang kaptennya, Declan Rice. Biarpun baru berusia 22 tahun, Rice memainkan peranan penting mengemudi jentera tengah West Ham musim ini. Bergandingan dengan Tomas Soucek, kedua-dua pemain ini menunjukkan persefahaman yang tinggi dan keserasian yang baik.


penyokong kagum west ham ke eropah!


Rice menggalas tanggungjawab bertahan untuk membantu benteng pertahanannya manakala Soucek pula lebih tertumpu kepada serangan. Ini jelas dibuktikan apabila Soucek menjaringkan 10 gol dalam saingan EPL. Jumlah jaringan Soucek menyamai jumlah gol yang dijaringkan peneyrang utama West Ham, Michail Antonio.


penyokong kagum west ham ke eropah!


Kehadiran Jesse Lingard secara pinjaman daripada Manchester United pada pertengahan musim juga merupakan faktor penting kejayaan West Ham. Lingard yang tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama di Old Trafford membuat 16 penampilan untuk The Hammers sejak Januari dan telah menjaringkan 9 gol serta 4 bantuan gol. 


penyokong kagum west ham ke eropah!


Namun arkitek kepada kejayaan West Ham ini sudah pastinya pengurus, David Moyes. Moyes menjawat jawatan pengurus West Ham pada Disember 2019 bagi menggantikan Manuel Pellegrini, rata-rata penyokong West Ham kurang yakin dengan kemampuan Moyes membimbing kelab kesayangan mereka. Ini kerana Moyes tidak pamer prestasi baik ketika menjadi pengurus Manchester United, Real Sociedad dan Sunderland.


penyokong kagum west ham ke eropah!


Kejayaan melayakkan diri ke Liga Europa musim depan pasti membuktikan Moyes mampu mendiamkan segala kritikan yang diterima termasuk daripada peminat West Ham sendiri. Pengendali kelahiran Scotland itu sifatkan musim ini sebagai menakjubkan ekoran kejayaan anak buahnya itu. Namun dia berharap mampu mengekalkan sebahagian besar skuadnya untuk musim depan.


Jelas Moyes, dia ingin cipta lebih banyak kejayaan bersama pemain yang telah beri banyak sumbangan musim ini. Sebelum ini kaptennya, Declan Rice telah dikaitkan dengan perpindahan termasuk Manchester United selain Lingard dikatakan enggan sertai West Ham secara kekal. Kehilangan 2 pemain ini nyata akan memberi impak besar kepada West Ham. Namun pada waktu ini, Moyes seharusnya meraikan kejayaan yang diperolehinya sebelum memikirkan tentang musim depan.

Oleh: Karami Kamel