Seorang lelaki berusia 68 tahun, Tommy Lappin terkejut apabila rumahnya yang diberi sewa telah ditinggalkan dalam keadaan yang sangat mengerikan.
Ketika dia mahu masuk ke dalam rumah itu untuk dibersihkan betapa tekejutnya dia apabila hampir keseluruhan rumah itu diselaputi dengan najis kucing. Bukan itu sahaja, lantai pula dipenuhi dengan plastic serta tin makanan yang sudah kosong dan digunakan. Jijiknya!
Menurut laporan METRO, rumah itu telah disewa oleh dua orang wanita. Tommy mneyatakan bahawa mereka terpaksa buang hampir ke semua perabot yang ada di dalam rumah itu. Selain itu, dia juga turut mengalami kerugian sebanyak 15,000 Pound untuk membaiki segala kerosakkan yang terjadi.
Aduh, tak baik buat macam ni! Kalau tak puas hati dekat penyewa sekalipun, cakap lah elok-elok.
Sumber: METRO