Seorang penunggang basikal telah terjumpa akan sebahagian tulang belakang yang dipercayai milik seekor ikan paus Bryde di Bangkok. Menurut penyelidik, rangka tersebut sudah berusia 5,000 tahun.
Penemuan itu telah menggerakkan kumpulan penyelidik Thailand untuk memulakan kerja-kerja ekskavasi.
Menurut laporan Reuters, rangka yang ditemui itu sepanjang 12.5 meter dan berada di kawasan daratan di barat Bangkok.
Rangka paus ini dipercayai satu-satunya yang dijumpai di Asia. Sangat jarang untuk menemukan rangka seumpamanya dalam keadaan yang hampir sempurna. Kami sudahpun menemui tulang bahu dan sirip,” ujar pakar geologi di bahagian Perlindungan Fosil, Jabatan Sumber Mineral, Pannipa Saetian.
Selepas menjalankan beberapa proses mereka menemui dan berjaya membawa keluar 36 kepingan tulang belakang. Semua fosil tersebut telah menjalani satu proses pemeriksaan karbon untuk mengetahui usia sebenar rangka itu.
Saintis mengharapkan rangka tersebut mampu memberi maklumat dalam usaha penyelidikan populasi paus jenis Bryde yang masih wujud hingga hari ini
Sumber: Astro Awani