Penumpang Kapal Terbang Terkejut Lihat Wanita 'Breastfeed' Kucing Ketika Dalam Penerbangan

Seorang penumpang yang menaiki kapal terbang dalam perjalanan menuju ke Atlanta, Amerika Syarikat terkejut apabila dia melihat seorang wanita dalam penerbangan sama menyusukan kucingnya.

penumpang kapal terbang terkejut lihat wanita 'breastfeed' kucing ketika dalam penerbangan

Insiden tersebut dilaporkan berlaku dalam penerbangan Delta Air DL1360 ke Altanta yang mana mesej Sistem Pengalamatan dan Pelaporan Komunikasi Pesawat berbunyi: “Req Redcoat meet AC Pax (passenger) in (seat) 13A is breastfeeding a cat and will not put cat back in its carrier when FA (flight attendant) requested”.(“Req Redcoat bertemu AC Pax (penumpang) di (tempat duduk) 13A sedang menyusukan kucing dan enggan memasukkan kucing kembali ke dalam pembawanya apabila diminta pramugari.”)

Menurut Daily Star, ‘Req Redcoat meet’ bermaksud juruterbang mempunyai ahli pasukan darat untuk bertemu dengan penumpang berkenaan sebaik mendarat.

Syarikat penerbangan Delta Airline difahamkan mempunyai peraturan berkenaan haiwan yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam penerbangan kerana terbukti mampu memberi sokongan emosi, namun harus kekal dalam bekas pembawa mereka di bawah tempat duduk di hadapan sepanjang perjalanan.

 

Sumber: [1]