Penularan Terkawal, China Hanya Catat 161 Kes Baru Walau Punya Populasi Tertinggi Di Dunia

Ketika negara-negara di Eropah merekodkan ratusan ribu kes baru COVID-19 sehari, China dilihat berjaya mengatasi masalah tersebut.

penularan terkawal, china hanya catat 161 kes baru walau punya populasi tertinggi di dunia

Memetik laporan agensi berita Reuters, negara tersebut melaporkan kira-kira 161 kes baru pada Ahad lalu yang kurang berbanding hari sebelumnya iaitu sebanyak 191 kes.

Daripada angka tersebut, 101 adalah jangkitan dalam komuniti manakala selebihnya jangkitan luar negara.

35 kes daripadanya dilaporkan tidak menunjukkan sebarang gejala.

Sementara itu, kebanyakan kes jangkitan tempatan berlaku di Wilayah Shaanxi, barat laut China, yang juga merupakan pusat bandar Xi An, yang kini berdepan perintah berkurung bagi mengekang penularan jangkitan.

China merupakan negara dengan populasi tertinggi di dunia dengan jumlah penduduk yang mencecah sebanyak 1.4 bilion.

 

Sumber: [1]