Pentingnya Tahu Tentang Kolestrol Baik Dan Jahat

pentingnya tahu tentang kolestrol baik dan jahat

Penjagaan diet pemakanan adalah sangat penting bagi kesihatan tubuh badan kita terutamanya kandungan kolestrol. Setiap pemakanan mempunyai kadar kolestrol yang harus di titik beratkan kerana ia memberikan impak yang besar terhadap tubuh badan. Kadar kolestrol yang tinggi boleh membawa kemudaratan serta mendatangkan pelbagai jenis penyakit kronik. Tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya terdapat kolestrol yang baik selain kolestrol yang jahat.

High density lipoprotein (HDL) dianggap sebagai kolestrol yang baik. Kolesterol jenis ini membantu mencegah penumpukan, melindungi arteri dan juga mencegah daripada penyakit kardiovaskular. Dikatakan kadar HDL normal wanita adalah lebih tinggi daripada lelaki. Lagi tinggi kadar HDL lagi kurang risiko untuk terkena penyakit jantung dan strok. Contoh makanan HDL adalah, ikan salmon, tuna, mackerel, minyak zaitun, kacang walnut, pistachio, sayur sayuran dan buah buahan.

Low density lipoprotein (LDL)  dianggap sebagai kolestrol jahat kerana ia mengandungi lebih banyak lemak. Lebih tinggi kadar LDL lebih mudah untuk kesihatan terjejas. LDL akan membentuk lemak dilapisan arteri dan menyebabkan aliran darah terjejas. Apabila aliran darah terjejas, oksigen pada organ mula berkurang. Sekali gus menjadi punca serangan jantung, buah pinggang dan strok. Contoh makanan LDL adalah kek, krimmer, kulit atau lemak haiwan, santan, kuning telur, minuman 3 iin 1, process food, minyak yang dipakai berulang kali, organ dalaman, seafood dan snek seperti jajan.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: maskulin