Peniaga Fake Braces Dan Fake Veneer Boleh Didenda Lebih RM300,000 Dan Penjara 6 Tahun

peniaga fake braces dan fake veneer boleh didenda lebih rm300,000 dan penjara 6 tahun

Semenjak kelebelakangan ini, banyak manusia yang tidak bertanggungjawab dengan menawarkan perkhidmatan memasang braces dan veneer tanpa sebarang pendaftaran dengan pihak berkuasa.

Mereka ini boleh digelar sebagai pengamal pergigian haram kerana menjalankan kerja-kerja pergigian tanpa mendapat kebenaran yang sewajarnya. Ada yang menawarkan pekrhidmatan daripada rumah mereka, hotel, restoran dan mana-mana tempat yang semestinya tidak sah dari segi undang-undang.

Ramai yang menyatakan bahawa perkhidmatan ini agak mahal jika dilakukan di klinik pergigian. Namun, menurut Dr Hafiz yang merupakan seorang doktor gigi bertauliah dan juga seorang selebriti, seseorang pengamal pergigian haram tidak melakukan prosedur dan mengamalkan kebersihan seperti doktor yang bertauliah.

 “Sebelum dia (doktor gigi) nak memasangkan braces pada patient tu, dia perlukan banyak investigation dan examination.” Terang Dr Hafiz Zainal beserta proses-proses yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu dibenarkan untuk memakai braces.

Bagaimanapun, pengamal pergigian haram semestinya tidak mengikut prosedur ini dan tidak menjaga kebersihan. Perkara ini dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada pesakit.

Bagi sesiapa yang terlibat dengan kegiatan pergigian haram ini pesalah boleh dijatuhkan hukuman di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 serta Akta Pergigian 1971.

Bagi mendapatkan penjalan yang lebih mendalam, SYOK telah menemubual Dr Haznita Binti Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Perundangan Dan Penguatkuasaan Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membicarakan soal ini: