Pengguna Tak Perlu 'Check Out' Lagi, Mysejahtera Perkenal MySJ Trace Bagi Kesan Kontak Rapat

Para pengguna kini tidak lagi perlu ‘check out’ di aplikasi tersebut berikutan ia telah memperkenalkan ciri tambahan baharu yang dikenali sebagai ‘MySJ Trace’.

pengguna tak perlu 'check out' lagi, mysejahtera perkenal mysj trace bagi kesan kontak rapat

Menerusi entri di akaun Twitter milik Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, terang beliau, ‘MySJ Trace’ menggunakan sistem Bluetooh yang mana ia memberi maklumat secara langsung berkenaan bilangan interaksi dengan pengguna lain.

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesahan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya.

Sebagai tambahan, dengan adanya ciri baharu itu, orang ramai digalakkan untuk menggunakan apabila mereka mengunjungi tempat awam yang tertutup.

Menurut Khairy lagi, berikutan itu, ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam MySejahtera sebelum ini tidak lagi diguna pakai.

Lanjutnya, ciri baharu itu juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.

“Sudah boleh dikemas kini di Huawei. Untuk Google dan Apple masih menunggu mereka untuk menyenaraikan update (kemas kini) baharu ini,” jelasnya.

 

Sumber: [1]