Pengembara Yang Ingin Datang Malaysia Perlu Punya Insurans Minimum RM84k

Pengembara yang ingin memasuki Malaysia bermula 1 April ini dikehendaki memiliki kadar minimum bagi polisi perlindungan insurans (COVID-19 dan pengembaraan) sebanyak US$20,000.

pengembara yang ingin datang malaysia perlu punya insurans minimum rm84k

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, keperluan itu terpakai ke atas pengembara warganegara asing yang memasuki Malaysia menggunakan Pas Lawatan (Sosial) Jangka Pendek, tanpa mengira status vaksinasi COVID-19 mereka.

“Perlindungan insurans tersebut antara lain bagi menanggung kos kuarantin, rawatan dan kemasukan ke hospital, sekiranya mereka dijangkiti COVID-19 semasa berada di Malaysia,” katanya.

Khairy berkata sebelum berlepas ke Malaysia, pengembara perlu mematuhi satu daripada protokol am ditetapkan iaitu mengisytiharkan menerusi aplikasi MySejahtera bahawa mereka memiliki polisi perlindungan insurans berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Khairy lagi, keperluan untuk memiliki polisi perlindungan insurans (COVID-19 dan pengembaraan) dikecualikan khusus bagi para pengembara yang lengkap vaksinasi.

Jelasnya, golongan yang dikecualikan itu terdiri daripada warganegara Singapura atau Malaysia; penduduk tetap Singapura atau Malaysia serta pemegang Pas Jangka Panjang di Singapura atau Malaysia.

“Pengecualian ini terpakai bagi pengembara yang memasuki Malaysia dari Singapura dengan menggunakan laluan udara, darat dan laut,” katanya.


Sumber: [1]