Fujiko Fujio A, pencipta bersama watak kartun kanak-kanak popular Doraemon, meninggal dunia pada usia 88 tahun.
Kartunis Jepun, yang nama sebenarnya Motoo Abiko, ditemui di dalam rumahnya berhampiran Tokyo.
Pada tahun 1951, semasa di sekolah menengah, Abiko bertemu dengan Hiroshi Fujimoto, yang akhirnya menjadi pencipta bersamanya untuk siri animasi Doraemon pada 1969.
Kedua-dua mereka mencipta nama pena bersama iaitu Fujiko Fujio sambil berkongsi sebuah apartmen di Tokyo dengan artis manga terkenal lain seperti Osamu Tezuka yang merupakan pencipta Astro Boy.
Kedua-dua kartunis ini juga menghasilkan beberapa karya lain bersama seperti Little Ghost Q-Taro.
Doraemon bermula sebagai siri manga kanak-kanak popular yang diadaptasi menjadi rancangan kartun pada 1973 sebelum diadaptasi semula kepada versi 1979 dan 2005.
Pada 1987, Abiko dan Fujimoto akhirnya membubarkan perkongsian mereka pada 1987 atas sebab perbezaan kreatif dan keinginan untuk menumpukan perhatian pada projek solo.
Sejak dari itu, Abiko menggunakan nama pena Fujiko A. Fujio.
Abiko pernah menghasilkan beberapa karyanya tersendiri termasuk manga kanak-kanak seperti Ninja Hattori yang diadaptasi menjadi siri TV dan disiarkan dari 1966 hingga 1968, selain manga autobiografi Manga Michi yang menggambarkan kehidupan Abiko dan Fujimoto di sebuah apartmen didiami mereka bersama beberapa artis manga terkenal lain.
Sumber: [1]