Pengarang ‘True Beauty’, iaitu Yaongyi berkongsi tentang inspirasinya ketika menulis webtoon popular itu.
Yaongyi atau nama sebenarnya, Kim Na Young yang muncul dalam program TV Radio Star menggambarkan pengalaman peribadi kehidupan sebenarnya yang kemudian dimasukkan ke dalam hasil karyanya.
“Saya pernah pergi ke pasar bersama kakak saya dengan memakai baju tidur, dan pada masa lain, saya menyolek penuh. Kali kedua saya pergi, juruwang di pasar raya berkata kepada kakak saya, ‘Oh, jadi awak ada dua adik perempuan’.”
Yaongyi turut mengimbas kembali momen ketika dia mendedahkan umurnya melalui webtoon yang kemudian diadaptasi kepada drama itu secara tidak sengaja.
“‘True Beauty’ musim satu berlatarkan di sekolah menengah. Tetapi sudah terlalu lama sejak saya menamatkan sekolah menengah.
“Jadi saya mempunyai kenangan melepak dan berseronok dengan rakan-rakan saya di atas bumbung, dan saya melukis watak-watak yang bercakap dan makan bersama di atas bumbung sekolah mereka. Tetapi orang ramai menulis dalam komen, ‘Sekolah apa yang membuka bumbung mereka kepada pelajar zaman sekarang? Tiada sesiapa yang berbuat demikian lagi’.
“Saya benar-benar terkejut apabila saya membacanya,” katanya.
Sumber: [1]