Pengarah Squid Game Dedah Jalan Cerita Musim Kedua, Kemungkinan Ada Musim Ketiga

Pengarah Squid Game, Hwang Dong Hyuk mengulas mengenai perancangan untuk musim akan datang siri hit itu.

pengarah squid game dedah jalan cerita musim kedua, kemungkinan ada musim ketiga

Pada 28 Disember lalu, Hwang Dong Hyuk telah mengambil bahagian dalam temu bual bersama KBS yang mana dia berkata, “Saya kini sedang berbincang dengan Netflix mengenai musim kedua dan musim ketiga (Squid Game),”

“Saya fikir kami akan mencapai beberapa kesimpulan (untuk perbincangan kami) tidak lama lagi,” sambung pengarah itu.

“Kami tahu bahawa ramai orang sedang menunggu, jadi semua orang bekerja keras untuk mempersiapkan musim depan dengan pandangan yang positif.”

Hwang Dong Hyuk juga mendedahkan jalan cerita utama untuk musim kedua.

“Tumpuan (musim kedua) adalah kisah Seong Gi Hun (watak Lee Jung Jae) yang membongkar misteri organisasi di sebalik permainan),” kongsinya.

“Garis plot menyeluruh musim kedua akan menjadi kisah orang yang Gi Hun jumpa dan orang yang dia kejar.”

Pada hari sama, Netflix secara rasmi turut memberi pencerahan mengenai kemungkinan musim ketiga “Squid Game” dengan menjelaskan, “Memang benar bahawa kami membincangkan pelbagai kemungkinan Squid Game, termasuk pengeluaran musim ketiga, tetapi tiada apa yang telah ditetapkan lagi.”

 

Sumber: [1]