Pengarah Squid Game Bagi ‘Hint’ Watak Jung Ho Yeon Bakal Kembali Sebagai Kembar Dalam Musim Kedua?

Pengarah Squid Game, Hwang Dong Hyuk dedah ‘hint’ mengenai kemunculan semula Jung Ho Yeon dalam musim kedua siri popular itu.

pengarah squid game bagi ‘hint’ watak jung ho yeon bakal kembali sebagai kembar dalam musim kedua?

Memetik laporan Hypebeast, Hwang berkongsi kepada Deadline ketika Anugerah PGA baru-baru bahawa penggambaran untuk episod baru masih belum dimulakan, tetapi peminat boleh menjangkakan keseronokan yang lebih hebat.

“Akan ada lebih banyak permainan yang hebat, itu sahaja yang boleh saya katakan. Saya masih berfikir dan mengumpul idea untuk musim kedua. Saya belum mula menulis lagi,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada musim kedua nanti akan menampilkan barisan pelakon baru kerana kebanyakannya telah terbunuh dalam musim pertama.

Bagaimanapun, Hwang mendedahkan, “Saya akan mencuba sesuatu untuk membawa mereka kembali untuk musim kedua.”

Dia kemudian memberi isyarat kepada pelakon Jung Ho Yeon dan mengusik, “ Katakan mungkin dia mempunyai adik kembar, anda akan lihat.”

Awal tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Ted Sarandos mengesahkan siri popular itu akan kembali untuk musim kedua.

Namun, masih belum ada tarikh tayangan yang diumumkan untuk musim keduanya.

 

Sumber: [1]