Penerima Sinovac Kini Boleh Pilih Vaksin Sama Sebagai 'Booster Dose'

Penerima suntikan vaksin dos primer Sinovac kini boleh memilih jenama vaksin yang sama sebagai dos penggalak.

penerima sinovac kini boleh pilih vaksin sama sebagai 'booster dose'

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ia susulan keengganan sebilangan penerima Sinovac untuk menerima suntikan dos campuran daripada Pfizer mahupun AstraZeneca.

“Saya juga telah bersetuju dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa ada keengganan daripada penerima Sinovac untuk mendapatkan vaksin dos penggalak daripada dos campuran walaupun kita menggalakkan mereka mendapatkan vaksin Pfizer atau AstraZeneca.

“Saya ingin umumkan bahawa 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapat dos penggalak mereka lagi... dan mereka terdedah kepada gelombang Omicron sebab keberkesanan Sinovac tidaklah setinggi Pfizer.

“Sebab itu saya telah membuat keputusan bahawa walaupun KKM masih berpandangan dan berpendirian bahawa kita masih mengalakkan mereka menerima Pfizer atau AstraZeneca tetapi any booster is better than no booster," katanya.

Demikian itu, kata Khairy, KKM akan mengeluarkan janji temu dan kaedahnya kepada mereka menerusi Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) atau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

"Tapi sekali lagi ingin saya tegaskan perlindungan yang terbaik adalah dengan Pfizer atau AstraZeneca.

"Mereka pergi ke negara musim sejuk KKM menyarankan dan bagi percuma kot tapi mereka tak nak pakai kot, mereka nak pakai T-shirt, okeylah, T-shirt itu lebih baik daripada mereka tidak pakai apa-apa, jadi kita akan beri mereka pilihan.

"Tak nak terima Pfizer, tak nak terima AstraZeneca, kita masih ada lagi sedikit stok Sinovac kita akan sediakan berdasarkan first come first serve," ujarnya lagi.

 

Sumber: [1]