Sekawan lebah telah menyebabkan satu penerbangan ditunda hampir sejam di lapangan terbang Kolkata di India.
Masalahnya, bukan satu je kapal terbang yang ditunda akibat masalah itu tetapi dua. Pertama kali lebah tersebut muncul pada hari Ahad ketika kapal terbang itu sedang berada di ruangan parkir. Kemudian, keesokkan harinya mereka muncul dan kembali menyerang kapal terbang itu.
Akhirnya, pihak pengurusan terpaksa memanggil bomba untuk sembur lebah-lebah tersebut. Proses tersebut hampir memakan masa selama sejam dan perkara tersebut telah menyebabkan para penumpang diminta untuk turun dari kapal terbang itu.
Sumber: Daily Mail