Penduduk Sarawak Kemungkinan Terima Suntikan Booster

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang melihat kemungkinan bagi suntikan ketiga, yang dikenali sebagai ‘booster shot’ vaksin khusus bagi menangani peningkatan jangkitan COVID-19 di Sarawak.

penduduk sarawak kemungkinan terima suntikan booster

“Ketika ini kami tidak begitu pasti faktor yang menyebabkan peningkatan di Sarawak. Satu kemungkinan ialah penurunan keberkesanan vaksin selepas tempoh masa tertentu, yang kita lihat ada berlaku di beberapa negara lain,” kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Lanjutnya, perbincangan akan diadakan dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi menentukan langkah seterusnya terutama selepas proses pemberian vaksin buat remaja di negeri itu selesai.

Sarawak tergolong antara negeri yang mencatatkan kadar vaksinasi populasi dewasa tertinggi.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, negeri tersebut merekodkan lonjakan kes sehingga 3,000 sehari.

Tetapi, data KKM menunjukkan 99% kes baru adalah tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, dan hanya segelintir daripadanya merupakan kes serius.

"Apa yang berlaku di Sarawak mungkin akan berlaku di negeri lain dalam masa beberapa bulan.

“Jadi kita perlu melihat kaedah atau langkah yang bersesuaian untuk menghentikan kadar jangkitan yang tinggi, dan menggunakannya sebagai langkah untuk negeri-negeri lain di masa akan datang,” katanya.

 

Sumber: [1]