Rakyat Jerman yang enggan menerima vaksin tidak lagi dibenarkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 secara percuma.
“Kita sedang menawarkan vaksinasi secara percuma untuk seluruh rakyat di Jerman, dan kita akan tamatkan ujian saringan COVID-19 secara percuma pada 11 Oktober,” kata Canselor Angela Merkel.
Memetik laporan agensi berita tempatan, Merkel menggesa semua rakyat Jerman agar mendapatkan vaksin susulan kes jangkitan yang semakin bertambah.
Selain itu, pihak berkuasa mungkin akan menetapkan peraturan terhadap rakyatnya untuk memaparkan perakuan vaksinasi dan ujian kesihatan COVID-19 di tempat tertutup seperti hospital, restoran atau pusat kesihatan, sekiranya kadar jangkitan meningkat 35 bagi setiap 100,000 penduduk.
Sebagai tambahan, bermula 11 Oktober, mereka yang enggan menerima vaksin percuma akan dikehendaki untuk membayar perkhidmatan ujian saringan COVID-19 yang bakal dikecualikan buat golongan wanita hamil, kanak-kanak dan mereka yang berusia bawah 18 tahun.
Sumber: [1]