Penderma Darah Lebih 50 Kali Bakal Diberi Keutamaan Vaksin

Mereka yang pernah menderma darah lebih daripada 50 kali bakal diberikan keutamaan oleh kerajaan dalam pemberian vaksin COVID-19.

penderma darah lebih 50 kali bakal diberi keutamaan vaksin

Jelas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, “Untuk kategori penderma darah kita rencanakan vaksin awal, mereka yang telah menderma darah lebih 50 kali kita akan beri mereka tampil untuk diberi vaksinasi awal Fasa 2.

“Atau kalau mereka 60 tahun ke atas atau mereka ada comorbid, tidak derma darah, jadi mereka boleh dapatkan vaksin sebagai insentif kerana kebaikan mereka menyumbang kepada negara terutama sekali mereka yang memerlukan transfusi darah.”

Berbicara mengenai statistik pendermaan darah, menurut Dr Adham, statistik menunjukkan sebanyak 652, 671 beg darah didermakan sepanjang tahun lalu sekali gus menandakan penurunan sebanyak 12.3% berbanding 2019.

Terang Dr Adham, jumlah tersebut juga akan berkurang menjelang Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.

 

Sumber: [1]