Penampilan Reza Rahadian Dalam Filem Baru Disebut Seperti Amitabh Bachchan

Pelakon popular Indonesia, Reza Rahadian disebut-sebut mirip dengan pelakon Bollywood ternama iaitu Amitabh Bachchan menerusi penampilannya dalam filem terbaru, The Invisible Guest.

penampilan reza rahadian dalam filem baru disebut seperti amitabh bachchan

The Invisible Guest merupakan karya pengarah Sepanyol, Oriol Paulo yang pertama kali dikeluarkan pada 2016.

Penggambaran pembuatan semula The Invisible Guest versi Indonesia telah pun selesai yang mana syarikat penerbitan Falcon Pictures mengeluarkan paparan pertama rasmi filem itu.

Dalam salah satu muat naik di akaun Instagramnya, Falcon Pictures menunjukkan penampilan Reza Rahadian dalam filem tersebut.

Reza bagaimanapun, disebut-sebut oleh wargamaya yang rupanya seiras dengan Amitabh Bachchan.

“Pandang sekali, fikir Amitabh Bachchan eh Bang Reza rupanya,” tulis salah seorang pengguna Instagram.

“Amitabh Bachchan versi Indonesia,” tulis pula pengguna Instagram lain.

Rata-ratanya, ramai yang memuji jurusolek produksi filem tersebut yang berjaya membuatkan pelakon itu tampil berbeza.

Sementara itu, Reza mengaku bahawa dia gembira terlibat dalam pembikinan semula The Invisible Guest yang diarahkan oleh Daniel Rifki itu.

“Gembira, teruja, tak sabar nak tunggu wayang. Seronok juga dapat bekerjasama dengan Danial Rifki. Ini kali pertama saya bekerja dengannya. Dan sekali lagi berkolaborasi dengan Falcon Pictures, saya sangat teruja,” kata Reza.

Selain Reza, filem The Invisible Guest dibintangi oleh Mawar de Jongh, Arifin Putra, Putri Ayudya, dan Willem Bevers.

 

Sumber: [1]