Penambahan Sekatan Jalan, Penduduk Damansara Take Note!

Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi siaran media memaklumkan akan melaksanakan PENAMBAHAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR) bermula 10 April jam 12.00 tengah malam di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua.

PENAMBAHAN SJR UNTUK PKP FASA KEDUA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. JLN PJU 7/1 MUTIARA DAMANSARA (MRT MUTIARA DAMANSARA) - di kedua-kedua arah.

penambahan sekatan jalan, penduduk damansara take note!

Laluan ini masih boleh dilalui oleh Ambulans, Bomba, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan PDRM. Pihak PDRM juga akan meletakkan anggota bertugas yang secukupnya di setiap lokasi bagi mengawal keselamatan dan kelancaran trafik.

Abam Polis pun pesan supaya orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan sentiasa bersabar ketika menghadapi segala kesulitan.

Korang kena ingat, apa yang abam-abam Polis kita buat ini semuanya untuk keselamatan kita semua, jadi sila bagi kerjasama okay?

Polis bukan saja-saja nak buat roadblock ni, sebab ia bertujuan menghadkan perjalanan orang ramai agar sentiasa patuh pada PKP.

Salam Salute kepada mereka yang bertugas!

Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin