Pemuda Sanggup Dermakan Buah Pinggang Untuk Ibu Kekasih, Tetapi Akhirnya Putus Cinta Juga...

Setiap orang punya jalan cerita cinta yang berbeza, adakalanya kisah cinta itu begitu manis, namun ada juga yang penuh dengan liku-liku.

pemuda sanggup dermakan buah pinggang untuk ibu kekasih, tetapi akhirnya putus cinta juga...

Bagaimanapun, kisah cinta yang satu ini barangkali boleh dijadikan iktibar untuk semua.

Seorang dermawan dari Mexico terpaksa berputih mata apabila dia mendermakan buah pinggang kepada ibu teman wanitanya, hanya untuk melihat percintaan mereka terputus di tengah hari di kemudian hari.

Lelaki bernama Uziel Martinez itu berkongsi mengenai kisahnya di TikTok yang mana katanya, “Saya menderma buah pinggang kepada ibunya, dia meninggalkan saya dan berkahwin sebulan kemudian,” kata Uziel yang kini sedang meratapi nasibnya.

Uziel yang bekerja sebagai seorang guru, turut berkongsi bahawa dia pernah menderma salah satu organnya, iaitu buah pinggang kepada ibu bekas teman wanitanya itu.

Pasangan tersebut bagaimanapun kemudian dihadapkan dengan konflik menyebabkan Uziel akhirnya ditinggalkan wanita tersebut.

Lebih menyedihkan, perpisahan tersebut terjadi tidak sampai sebulan selepas Uziel mendermakan buah pinggangnya kepada ibu wanita itu.

Turut mengeruhkan keadaan, wanita itu juga dikatakan memasuki hubungan cinta bersama lelaki lain hanya beberapa hari selepas mereka berpisah.

Kisah Uziel yang dikongsi menerusi akaun TikTok @uziel.ms itu kini telah ditonton lebih dari 16 juta kali.

Kini, Uziel hanya memiliki satu buah pinggang selepas mendermakan satu lagi kepada ibu bekas teman wanitanya.

Biarpun pahit untuk ditelan, kemurahan hati Uziel bagaimanapun, telah membuatkan ibu bekas teman wanitanya itu kembali sihat selepas beberapa minggu menjalani pembedahan.

 

Sumber: [1]