Pemuda Mirip Valentino Rossi Viral Selepas Kelibatnya Dilihat Ketika Beli Nasi Goreng

Seorang lelaki di Indonesia tidak semena-mena menjadi viral ketika dia membeli nasi goreng di sebuah gerai kerana rupanya yang dikatakan seiras pelumba Valentino Rossi.

pemuda mirip valentino rossi viral selepas kelibatnya dilihat ketika beli nasi goreng

Kelibat lelaki itu berjaya dirakamkan menerusi satu video TikTok yang kini telah ditonton lebih dari 2.7 juta kali.

Rata-ratanya, ramai netizen yang tidak dapat menahan ketawa mereka gara-gara kemiripan lelaki tersebut dengan pelumba Itali itu.

Manakan tidak, bukan sahaja mirip dari segi rupa, malahan penampilannya juga hampir menyerupai pelumba kelahiran Itali itu yang mana dia mengenakan baju biru bersama topi kuning yang sememangnya gaya yang sinonim dengan Rossi.

Sejak video itu dimuat naik, ia telah mendapat kira-kira 123 ribu tanda suka dan lebih 6 ribu komen yang turut melihat persamaan itu.

 

Sumber: [1]