Pemuda Kacak Jual Makanan Di Gerai Tepi Jalan, Netizen Jadi Tidak Keruan Melihat Paras Rupanya

Bukan sahaja makan sedap yang dijual menjadi tumpuan, tetapi rupa paras sang penjual makanan ini juga turut menarik perhatian orang ramai.

pemuda kacak jual makanan di gerai tepi jalan, netizen jadi tidak keruan melihat paras rupanya

Seorang pemuda Indonesia yang menjual juadah batagor di warung tepi jalan menjadi kegilaan ramai wanita gara-gara wajahnya yang kacak selepas menjadi tular di media sosial.

Pemuda yang bernama Jhonson Lim itu difahamkan telah mula menjual juadah batagor tidak jauh dari sebuah hentian bas di Indonesia sejak 2012.

Dia menjadi popular selepas kerap memuat naik videonya menjual juadah tersebut di TikTok.

Akuinya, kesemua videonya yang tular di platform tersebut ternyata memberi impak yang begitu baik terhadap jualannya dengan salah satu daripada video terbabit telah ditonton sebanyak 1.4 juta kali.

Sejak menjadi tular di media sosial, ramai pelanggan menempah juadah tersebut dari dalam talian untuk dihantar ke beberapa kawasan di Jakarta.

Rutin harian Jhonson Lim yang sering berpanas di bawah matahari kerana ingin menghantar juadah yang dipesan dengan menggunakan motosikal mendapat banyak penghargaan daripada para pelanggan dan netizen yang rata-ratanya kagum dengan kesungguhannya dalam berniaga selain sikapnya yang tidak segan silu menjual makanan jalanan di usia yang sebegitu muda.

 

Sumber: [1]