Peminat K-Pop Pecah Rekod Di Twitter, Lebih 7 Bilion Tweet Dimuat Naik Dalam Tempoh Setahun

Perbualan mengenai K-Pop terus menjadi topik yang dominan di Twitter.

peminat k-pop pecah rekod di twitter, lebih 7 bilion tweet dimuat naik dalam tempoh setahun

Manakan tidak, populariti K-Pop terus meningkat dengan peminat dari serata dunia, dengan kebanyakan peminatnya di Twiiter dikatakan berasal dari Asia Pasifik hingga ke Amerika Selatan.

peminat k-pop pecah rekod di twitter, lebih 7 bilion tweet dimuat naik dalam tempoh setahun

Tidak ketinggalan, negara seperti Peru dan Colombia turut bergabung dalam senarai 20 negara teratas bagi jumlah tweet terbanyak berdasarkan negara.

Baru-baru ini, Twitter melaporkan terdapat 7.5 bilion tweet berkenaan K-Pop yang dimuat naik di laman media sosial itu dari 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.

peminat k-pop pecah rekod di twitter, lebih 7 bilion tweet dimuat naik dalam tempoh setahun

Menurut senarai rasmi yang dikeluarkan Twitter, Indonesia berada di tangga pertama bagi negara yang mempunyai banyak peminat K-Pop di Twitter, diikuti Filipina, Thailand, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, Malaysia pula berada di tangga kesembilan dalam senarai tersebut.

peminat k-pop pecah rekod di twitter, lebih 7 bilion tweet dimuat naik dalam tempoh setahun

Tidak ketinggalan, Twitter juga mengumumkan 20 artis K-Pop teratas yang paling banyak dibincangkan di lamannya yang mana tiga tangga teratas senarai tersebut masing-masing diduduki BTS, NCT dan BLACKPINK.

 

Sumber: [1]