Peminat Bengang Layan Tak Adil Syarikat Terhadap Lisa BLACKPINK

Para peminat salah seorang ahli BLACKPINK, iaitu Lisa mencetuskan trending #YGLetLisaDoHerWork berikutan layanan bersifat ‘tidak adil’ yang dikatakan diterima olehnya daripada syarikat pengurusan YG Entertainment.

peminat bengang layan tak adil syarikat terhadap lisa blackpink

Hashtag tersebut mula trending di serata media sosial selepas Lisa tidak dibenarkan menghadiri sebarang acara dari Minggu Fesyen Paris sementara ahli-ahli BLACKPINK sempat dilihat menghadiri pertunjukan di Paris itu.

Kemarahan para peminat terhadap YG Entertainment itu kemudian membuatkan Ketua Pegawai Eksekutif Bulgari Jean-Christophe Babin memuat naik satu entri di Instagram untuk menjelaskan bahawa Lisa, yang merupakan duta global untuk jenama itu, tidak dibenarkan YG untuk menghadiri pertunjukan musim bunga/musim panas 2022 mereka.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by JCBabin (@jc.babin)

 

“Lisa berada di Paris tetapi malangnya kerana COVID, agensinya tidak mahu dia mengambil bahagian dalam mana-mana acara. Sayang kerana kami mempunyai acara Bulgari yang luar biasa esok di Milan dan dia tidak akan hadir,” kata Babin.

Dalam entri yang berasingan, Babin juga menyatakan bahawa berikutan itu, Lisa tidak dapat mengambil bahagian dalam penggambaran kempen Bulgari 2021/2022 bersama selebriti lain seperti Zendaya, Lily Aldridge dan Vittoria Ceretti.

Ini mengejutkan peminat, memandangkan rakan-rakan bandnya Jisoo, Jennie dan Rosé semua menghadiri pertunjukan fesyen untuk jenama mewah Perancis yang diwakili mereka, serta acara berprofil tinggi lainnya.

Tiga anggota lain telah pun berangkat ke Paris pada September lalu sementara Lisa pula berangkat pada 4 Oktober dari Korea Selatan bagi mempromosikan solonya.

 

Sumber: [1]