Peminat BLACKPINK Sewa 'Billboard' RM120k Berhampiran YG Entertainment Demi Ajak Jennie Keluar

Seorang peminat tegar kumpulan BLACKPINK sanggup menyewa papan iklan digital bernilai RM124,800 berhampiran bangunan YG Entertainment semata-mata untuk mengajak Jennie keluar makan malam bersamanya.

peminat blackpink sewa 'billboard' rm120k berhampiran yg entertainment demi ajak jennie keluar

Memetik laporan Rappler, peminat tersebut merupakan seorang lelaki bernama Christian Albert Gaza yang lebih dikenali sebagai Xian Gaza dan merupakan seorang personaliti media sosial.

peminat blackpink sewa 'billboard' rm120k berhampiran yg entertainment demi ajak jennie keluar

Lelaki itu turut berkongsi bukti pembelian besarnya itu pada akaun media sosialnya sendiri dengan kapsyen yang berbunyi, “Kim Jennie Rubby Jane, awak adalah orang yang paling saya suka. Bolehkah saya membawa awak keluar makan malam dan jadikan saya lelali paling bahagia dalam hidup?”

Bagaimanapun, langkah tersebut tidak begitu disambut baik dalam kalangan peminat BLACKPINK lain kerana disifatkan sebagai menyeramkan dan seperti ‘sasaeng’ sebelum menaikkan hashtag trending di Twitter iaitu #ProtectJennie dan #LeaveJennieAlone agar privasi penyanyi kesayangan mereka itu tidak diganggu.

 

Sumber: [1]