Semua wanita nak nampak cantik. Sampaikan anda yang sanggup berhabis duit melakukan pembedahan kosmetik tapi ada risikonya.
Seorang wanita dari China sanggup membelanjakan 13,000 yuan membuat pembedahan kelopak mata.
Oriental Daily baru-baru ini melaporkan kes seorang wanita bernama Li membayar 13,000 yuan untuk mendapatkan pembedahan kelopak mata dan pembedahan epicanthus, tetapi akhirnya menyesali keputusan itu.
Dia ingin melakukan pembedahan, agar matanya kelihatan lebih besar. Hasil dari pembedahan itu bukan seperti yang diharapkan. Jadi dia meminta klinik untuk melakukan pembedahan kali kedua.
Doktor bersetuju untuk menlakukan pembedahan kali kedua. Malangnya, hasil pembedahan kali kedua gagal. Bertambah tak gembiralah wanita itu.
Kelopak matanya juga semakin teruk, malah dia tidak dapat menutup mata sepenuhnya.
Klinik berkenaan cuba menjelaskan bahawa proses pembedahan kali kedua sangat dekat dengan pembedahan yang pertama, jadi parut dari kedua-duanya pembedahan itu membengkak dan menyebabkan pesakit tidak dapat menutup mata sepenuhnya.
Wakil dari klinik itu memberitahu bahawa kesan sampingan itu adalah normal, apabila lukanya sembuh dia pasti boleh menutup mata sepenuhnya. Mereka juga menawarkan prosedur ketiga untuk membetulkan masalah ini, tetapi wanita itu dilaporkan menolak, sebaliknya meminta pampasan.
Mengaku bahawa dia terpaksa tidur dengan matanya separuh terbuka, dan tidak mampu menutup matanya membuatkan pandangannya kabur, Li dapat mencapai penyelesaian 30,000 yuan ($ 4,200) dengan klinik itu. Dia kini berharap matanya akan sembuh dalam masa yang singkat, seperti kata doktor.
Sumber