Pemain Tenis Terkenal Maria Sharapova Bersara Pada Usia 32 Tahun

pemain tenis terkenal  maria sharapova bersara pada usia 32 tahun

Pemain tenis wanita terkenal, Maria Sharapova,32 tahun, telah mengumumkan persaraannya baru-baru ini. Sharapova merupakan pemenang kejuaraan grand slam sebanyak lima kali.

Bagaimanapun, baru-baru ini beliau telah dilarang daripada menyertai mana-mana pertandingan selama 15 bulan selepas mendapati positif meldonium ketika Kejohanan Terbuka Australia pada tahun 2016.

Maria tela mengumumkan persaraannya melalui portal fesyen dan gaya hidup terkenal iaitu Vogue dan Vanity Fair.

“Saya masih baru dalam perkara ini jadi maafkan saya. Tenis – Saya mengucapkan selamat tinggal.

Maria menghabiskan kariernya di tangga 373 dalam ranking WTA tetapi beliau banyak menyertai kejuaraan yang menawarkan hadih yang hebat.

Maria berpindah dari Rusia ke Florida pada usia 6 tahun untuk mengembangkan kariernya dalam sukan tenis. Beliau mula bersinar dan mendapat perhatian pada tahun 2001. Kali pertama kemunculan beliau dalam acara jelajah adalah pada tahun 2002.

Tahniah dan terima kasih kepada Maria Sharapova kerana telah menginspirasikan ramai wanita di dunia.

Sumber: Stadium Astro