Walaupun dilanda krisis kecederaan, Liverpool berjaya catat kemenangan 3-0 ke atas Leicester pada aksi Liga Perdana Inggeris.
Diogo Jota dan Roberto Firmino masing-masing jaringkan 1 gol dan 1 lagi gol merupakan gol sendiri.
Kemenangan itu berjaya melonjakkan The Reds ke tangga ke-2 liga dengan 20 mata, sama seperti pendahulu, Tottenham.
Liverpool juga melebarkan rekod tanpa kalah mereka di Anfield kepada 64 perlawanan yang juga merupakan rekod baru untuk kelab tersebut.
Pengurusnya, Jurgen Klopp sifatkan kejayaan mencipta rekod itu sesuatu yang menakjubkan.
Walaupun barisan pertahanannya dilanda krisis kecederaan, Liverpool tetap tak melepaskan sebarang gol!
Skuad kendalian Klopp beraksi tanpa Virgil Van Dijk, Trent Alexander-Arnold, Thiago Alcantara dan kapten, Jordan Henderson yang alami kecederaan.
Liverpool bakal kehilangan khidmat seorang lagi pemainnya, Naby Keita yang alami kecederaan pada perlawanan menentang Leicester.
Hmm. Banyak betul kecederaan Liverpool ni.
Tapi tetap ada berita baik untuk penyokong The Reds.
Bintangnya, Mohamed Salah yang sebelum ini disahkan positif COVID-19 ketika bersama skuad kebangsaan Mesir dilapor telah sembuh dan mungkin akan mula jalani latihan dengan pasukan itu dalam masa terdekat.
Jadi, penyokong Liverpool sabar la sikit ye dengan kecederaan ni semua.
Oleh: Karami Kamel