Pemain Bola Sepak Legenda, Diego Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

pemain bola sepak legenda, diego maradona meninggal pada usia 60 tahun

Bekas pemain bola sepak Argentina, Diego Maradona dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 60 tahun. Perkara ini telah dilaporkan oleh portal berita BBC.

Menurut BBC juga, sebelum ini pemain legenda itu telah berjaya menjalani pembedahan pada bahagian otak pada awal bulan ini.

Maradona merupakan seorang pemain bola sepak yang sangat disegani di seluruh dunia. Beliau pernah menjadi kapten bagi pasukan Argentina dan memenangi Piala dunia pada tahun 1986.

Selain itu, beliau turut bermain untuk kelab Barcelona dan Napoli.

Sumber: BBC