Pemain 001 Dalam Squid Game Cipta Sejarah Menang Anugerah Golden Globe

Pelakon drama fenomena, Oh Young Soo mencipta sejarah sebagai bintang Korea pertama yang berjaya memenangi Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada Ahad.

pemain 001 dalam squid game cipta sejarah menang anugerah golden globe

Oh Young Soo, 79, menang untuk wataknya Oh Il Nam atau lebih dikenali sebagai Pemain 001 dalam siri televisyen terbitan Netflix itu.

Kemenangan tersebut bermaksud beliau berjaya menewaskan calon-calon lain seperti Brett Goldstein untuk wataknya dalam siri Ted Lasso, Billy Crudup dan Mark Duplass dalam The Morning Show dan Kieran Culkin dalam Succession.

Anugerah Golden Globe ke-79 diadakan tanpa pengacara, penonton dan sebarang penstriman langsung susulan boikot industri serta kontroversi melibatkan Hollywood Foreign Press Association.

Senarai pemenang diumumkan menerusi akaun rasmi media sosial Golden Globes.

 

Sumber: [1]