Pelumba Wanita Pertama Negara Bakal Mulakan Kayuhan Di Sepanyol Mac Ini

Atlet berbasikal lebuh raya Terengganu, Siti Nur Alia Mansor bakal memulakan kayuhan pertamanya dalam satu perlumbaan yang diadakan di Sepanyol pada Mac ini.

pelumba wanita pertama negara bakal mulakan kayuhan di sepanyol mac ini

Siti Nur Alia, melakar sejarah tersendiri apabila diangkat sebagai pelumba wanita pertama negara dan Asia Tenggara yang terpilih bagi menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team di Sepanyol.

“Seorang pelumba sahaja yang akan diserapkan ke skuad elit mereka sekiranya mencapai prestasi mengagumkan selama tujuh bulan,” katanya.

Pelumba berusia 21 tahun itu mengakui tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan yang berada di kedudukan kelima dunia itu merupakan peluang besar baginya untuk meningkatkan prestasi seterusnya sekaligus menyalakan impian layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Meskipun lebih sinonim berlumba dalam kategori trek sebelum ini, Siti Nur Alia yang pernah menjalani latihan bersama jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang di Melbourne pada 2017 berkata beliau tetap akan menjalani latihan dalam kategori itu pada setiap hujung minggu di Sepanyol nanti.

 

Sumber: [1]