Pelik Tapi Benar! Syarikat China Ni Bela Alpaca Untuk Bantu Pekerjanya Lebih Relax

pelik tapi benar! syarikat china ni bela alpaca untuk bantu pekerjanya lebih relax

Selalunya kalau dekat tempat kerja tidur sebentar adalah cara terbaik untuk kita rehat atau tenangkan minda. Paling tidak rehat seketika sebelum sambung melakukan kerja semula.

Lain pula cerita di China apabila terdapat sebuah syarikat produksi di sana yang membela Alpaka untuk menceriakan para pekerja. Hah?

Pelik kan? Tapi mesti comel sebab Alpaca dan llama merupakan haiwan yang comel. Nama Alpaca tersebut ialah Baiwan. Menurut pengurus syarikat terbabit, Baiwan memberikan keceriaan kepada mereka setiap hari.

Baiwan suka berjalan di sekitar pejabat dan haiwan tersebut juga suka berguling pada rmput di sekitat kampus pejabat itu. Syarikat tersebut mula merakam video pendek akan kehidupan Baiwan. Sehingga kini, Baiwan antara supertar untuk aplikasi Douyin iaitu sejenis aplikasi seperti TikTok.

Weh comelnya!

Sumber: oddity central