Pelakon Na In Woo Bakal Sertai Barisan 2 Days & 1 Night

Pelakon Na In Woo bakal menyertai barisan tetap program 2 Days & 1 Night bermula musim keempat.

pelakon na in woo bakal sertai barisan 2 days & 1 night

Pada 25 Januari, program tersebut mengumumkan, “Pelakon Na In Woo telah disahkan sebagai ahli tetap dan akan menyertai perjalanan rancangan itu bermula pada masa akan datang.”

Selepas penampilannya dalam drama River Where the Moon Rises tahun lalu, Na In Woo berjaya merangkul dua anugerah dalam 2021 KBS Drama Awards sekali gus melonjakkan lagi namanya selain turut membintangi pelbagai drama lain.

Bercakap mengenai penyertaan Na In Woo, PD Bang Geul Yi berkata, “Dengan Na In Woo menyertai program itu, kami terlihat-lihat untuk menambah tenaga baru pada program ini. Selain menjadi pelakon, kami tidak sabar-sabar untuk melihat Na In Woo menyampaikan gelak tawa kepada penonton dengan pelbagai daya tarikan termasuk kualiti yang ganjil dan bertenaga sebagai penghibur ‘generasi MZ’.”

 

Sumber: [1]