Baru-baru ini Korea Selatan dilanda bencana hujan terlalu lebat sehingga terjadinya banjir. Banyak kawasan terjejas dan orang ramai mengalami kerugian.
Melihat perkara itu, dua orang pelakon popular Kim Woo Bin dan Shin Min Ah telah tampil dan mendermakan 100 juta Won (($84,209.47 USD) kepada mangsa bencana alam tersebut.
Perkara ini disahkan oleh sebuah organisasi kebajikan yang dikenali sebagai Fruit of Love. Mereka menyatakan dua selebriti, masing-masing itu telah mendermakan 50 juta Won.
Dua orang pelakon ini memang terkenal dengan sifat dermawan. Sebelum ni pun, ketika COVID-19 melanda negara itu, Shin Min Ah telah mendermakan sejumlah wang kepada warga emas yang tinggal seorang diri, ibu bapa dan juga pendidikan untuk anak-anak yang kurang bernasib baik.
Whoaaa! Baik sungguh dua pelakon ini kan?
Sumber: allkpop