Pelakon Indonesia, Sherina Sinna Positif COVID-19 Biarpun Sudah Sebulan Tidak Tinggalkan Rumah

Di kala Indonesia sedang berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 yang menguji, salah seorang selebriti di negara itu, iaitu Sherina Sinna disahkan positif COVID-19 biarpun sudah lama tidak meninggalkan kediamannya.

pelakon indonesia, sherina sinna positif covid-19 biarpun sudah sebulan tidak tinggalkan rumah

Menerusi satu entri yang dimuat naik di Twitter, Sherina berkongsi kepada 10 juta pengikutnya di laman tersebut mengenai keputusan ujian saringan yang mendapati dirinya positif COVID-19.

Menurut Sherina, dia sudah lama tidak keluar apatah lagi berhubungan rapat dengan sesiapa di luar sejak bulan lalu.

Tambahnya lagi, keluarganya juga benar-benar mematuhi protokol kesihatan sejak sebelum Penguatkuasaan Darurat Sekatan Terhadap Kegiatan Awam (PPKM Darurat) dilaksanakan di Indonesia lagi, selain mengenakan dua helai penutup muka setiap kali terpaksa meninggalkan kediaman atas urusan yang mendesak.

“Saya tidak tahu sama ada saya mendapatkannya daripada bungkusan (daripada pesanan dalam talian saya), atau mungkin seseorang dalam keluarga saya tidak menunjukkan gejala, kerana ayah saya beberapa kali keluar ke pasar raya untuk membeli makanan di rumah. Jadi semua orang di rumah saya akan menjalani ujian saringan,” coretnya di Twitter.

Dalam pada itu, Sherina turut mengingatkan orang ramai akan mengambil protokol kesihatan dengan lebih serius.

“Tolong, tolong, tolong siapa sahaja yang masih mengambil mudah berkenaan hal protokol kesihatan, anda harus lebih tegas. Saya tidak pergi ke mana-mana tetapi tetap sahaja mendapat COVID-19,” katanya.

 

 

Sumber: [1]