Pelakon Filem Parasite, Park So Dam Disahkan Hidap Kanser

Arena hiburan Korea dikejutkan dengan berita pelakon berbakat filem Parasit, Park So Dam, 30, disahkan menghidap kanser tiroid.

pelakon filem parasite, park so dam disahkan hidap kanser

Memetik laporan sumber, Park So Dam hanya mengetahui mengenai perkara tersebut ketika dia menjalani pemeriksaan fizikal biasa.

Dia bagaimanapun kini dikatakan semakin pulih selepas menjalani pembedahan mengikut nasihat doktor.

Berita tersebut dikongsikan kepada media Korea oleh agensinya menerusi satu kenyataan rasmi.

Bintang berusia 30 tahun itu dijadualkan memulakan pusingan promosinya untuk filem thriller aksi jenayah Special Cargo yang akan datang, yang bakal ditayangkan di Korea Selatan bermula Januari 2022.

“Pelakon itu memohon maaf kerana tidak dapat bersama peminat yang selama ini menyokong dan menunggu tayangan perdana Special Cargo.

“Park So Dam akan memberi tumpuan kepada pemulihannya supaya dia boleh menyambut semua orang dalam keadaan sihat pada masa hadapan.”

 

Sumber: [1]