Pelakon drama Korea popular Reply 1988, iaitu Choi Sung Won bakal menyambung semula kerjayanya sebagai pelakon selepas menjalani rawatan leukemia.
Choi Sung Won disahkan menghidap leukemia pada Mei 2016 sebelum diisytiharkan bebas kanser pada Disember 2016.
Pada 2017, Choi kembali ke bidang lakonan namun terpaksa menjalani rawatan leukemia sekali lagi pada November 2020.
18 Januari lalu, agensi Wide-S Company mengesahkan, “Kami baru-baru ini menandatangani kontrak eksklusif dengan Choi Sung Won. Memang benar dia akan muncul dalam drama MBC, ‘From Now Showtime!’. Dia kini berada di peringkat yang mana dia perlahan-lahan menyambung semula aktiviti sambil berhati-hati dengan kesihatan dan pemulihannya.”
Selain Choi Sung Won, ‘From Now Showtime!’ juga akan dibintangi Park Hae Jin, Jin Ki Joo, Jung Joon Ho dan ramai lagi.
Ia dijadualkan untuk tayangan bermula Mac tahun ini.
Sumber: [1]