Pawagam Dah Buka, Tapi Bersyarat

Rasanya semua dah tahu, pawagam dibenarkan kembali beropasi mulai 9 September lalu dengan kapasiti 50 peratus ruang dewan tayangan.

pawagam dah buka, tapi bersyarat

Pasti ramai dah tertunggu-tunggu nak merasai semula suasana menonton filem dalam pawagam.

Pemain-pemain utama industri pawagam di Malaysia sudah pun menguar-uarkan tarikh pembukaan beberapa pawagam mereka.

Berbeza dengan pembukaan sebelum ini, pembukaan kali ini bagaimanapun lebih bersyarat.

Antaranya, hanya individu berusia 18 tahun ke atas sahaja yang sudah lengkap divaksin dibenarkan untuk menonton wayang.

Jadi, untuk budak-budak sekolah berusia 17 tahun ke bawah, lupakan sahaja hasrat korang.

Jaga penjarakan fizikal, duduk ikut tempat yang dikhaskan dan sentiasa memakai pelitup muka sepanjang tayangan.

Lagi satu, tempat duduk 'couple seat' hanya untuk pasangan dari rumah yang sama sahaja ok!

Mengenai makanan dan minuman dalam panggung pula, korang boleh rujuk dengan pihak pawagam, mungkin berbeza antara satu dengan lain.

Lain-lain SOP macam biasalah, imbas kod QR MySejahtera dan periksa suhu badan sebelum masuk ke premis pawagam.

Selamat menonton!

 

Oleh: Shah Rahimi