Pasport Jepun Kini Pasport Nombor Satu Paling Berkuasa Di Dunia!

Jepun kini menduduki tempat teratas dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia, mendahului Singapura, Korea Selatan dan Jerman.

pasport jepun kini pasport nombor satu paling berkuasa di dunia!

Penilaian tersebut oleh Indeks Pasport Henley yang meneliti tahap kebebasan perjalanan yang diizinkan seseorang warganegara berdasarkan sesuatu pasport yang dimilikinya.

Berdasarkan indeks tersebut, pasport Jepun memberikan akses ke 193 destinasi tanpa visa, atau dengan visa semasa ketibaan, sekali gus menjadikannya yang terbaik di dunia.

Ia diikuti Singapura dengan skor 192, dan Korea Selatan serta Jerman di tempat ketiga dengan 191.

Sebagai tambahan, Pemegang pasport Jepun kini dapat mengakses 167 destinasi lebih banyak daripada warganegara Afghanistan yang menduduki tangga paling bawah dalam senarai tersebut.

Warganegara Afghanistan hanya dapat mengunjungi sebanyak 26 destinasi di seluruh dunia tanpa mendapatkan visa terlebih dahulu.

Sementara itu, United Kingdom berkongsi kedudukan yang sama dalam senarai tersebut bersama Switzerland, Amerika Syarikat, Belgium dan New Zealand dengan skor 187 masing-masing.

Memetik laporan The Independent, ini merupakan jurang kebebasan perjalanan paling besar yang pernah berlaku sejak indeks tersebut diperkenalkan pada 2006.

Menurut The Independent, jurang kebebasan perjalanan kini 'paling besar' sejak indeks itu diperkenalkan pada tahun 2006.

10 Pasport Teratas di Dunia

  1. Jepun (193)
  2. Singapura (192)
  3. Korea Selatan, Jerman (191)
  4. Itali, Finland, Sepanyol, Luxembourg (190)
  5. Denmark, Austria (189)
  6. Sweden, Perancis, Portugal, Belanda, Ireland (188)
  7. Switzerland, AS, UK, Belgium, New Zealand (187)
  8. Norway, Yunani, Malta, Republik Czech (186)
  9. Kanada, Australia (185)
  10. Hungary (184)

 

Sumber: [1]