Panaskan Makanan Dalam Microwave, Betul Ke Makanan Akan Kurang Khasiat?

panaskan makanan dalam microwave, betul ke makanan akan kurang khasiat?

Microwave atau ketuhar gelombang mikro merupakan perkakas yang menjadi satu keperluan asas semua orang. Ia sangat membantu daripada segi pemanasan makanan.  Microwave bukan saja memudahkan kerja tetapi juga menjimatkan masa dan tenaga. Namun, terdapat perbincangan menyatakan penggunaan microwave boleh mengurangkan nutrisi dan menyebabkan kanser, menjadikan kita takut nak pakai. Sejauh mana, kebenaran dan kepercayaan itu?  Jom baca lebih lanjut.

Kajian menyatakan bahawa pemanasan makanan dalam microwave tidak akan mengubah struktur molekul yang sedia ada dalam makanan. Jumlah tenaga radiasi microwave tidak kuat jika dibandingkan dengan cahaya matahari. Ia hanya mampu menggetarkan molekul pada makanan yang dipanaskan.

Apabila radiasi tidak mampu mengubah struktur molekul dan menukar sifat kimia (non-ionising) maka, makanan yang dipanaskan dengan menggunakan microwave tidak mengurangkan nutrisi dan tidak sama sekali boleh menyebabkan kanser.

Bekas yang sesuai adalah sangat penting semasa menggunakan microwave. Gunakan bekas seramik atau plastic yang ada indikasi tahan microwave dan kaca yang tahan haba. Jangan sesekali pakai bekas besi kerana ia akan meningkatkan tenaga gelombang dan boleh mencetuskan api kebakaran.

Harap article ini buat korang lebih faham tentang tenaga radiasi microwave. Lepas ni korang boleh memperbetulan pemahaman orang ramai tentang mitos ataupun kepercayaan yang dibualkan selama ini, sememangnya tidak benar. Microwave ternyata tidak mengurangkan nutrisi pada makanan dan tidak boleh menyebabkan kanser.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita