Pakaian Dalam Pun Ada Tarikh Luput Dan Korang Wajib Tukar Setiap Tahun

pakaian dalam pun ada tarikh luput dan korang wajib tukar setiap tahun

Expire date atau tarikh luput memang selalu ada pada makanan. Selepas tarikh luput makanan akan rosak dan tak elok untuk dimakan. Tetapi tahukah anda bahawa pakaian dalam pun ada tarikh luput juga. Jangan terkejut ye guys ini kenyataan tau haha.

Pakaian dalam seperti baju dan seluar dalam adalah pakaian yang kita pakai setiap hari dan kita tak sedar tentang tarikh luput. Sebenarnya kita wajib tukar seluar dalam setiap setahun kerana dikatakan pakaian dalam mempunyai sisa bakteria dan kuman jika tidak basuh dengan bersih.

Kadang kadang kita tunggu koyak ataupun longgar baru nak tukar. Jangan la berjimat sangat sampai macam tu. Penggunaan pakaian dalam yang lebih dari setahun meningkatkan risiko jangkitan kulat dan jangkitan pundi kencing.

Jangan nak kerana terlalu berjimat rosak pula badan. Lebih baik utamakan kesihatan. Alah beli yang murah-murah tapi selesa pun ok je. Sekarang ni dah banyak pilihan yang korang boleh buat.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: hijabista